Salam, Sambung cerita =) Kitorang bertolak dari Melaka malam sebelum show MHI tu, bukan ape, risau jam ape semua, taknak bawak impresi buruk kepada Ally Iskandar jika kami sampai lewat, sampai di Shah Alam lebih kurang Pukul 2pagi, melepak di kedai mamak sec. 13 Shah Alam sampai pkl 4, pegi tukar baju , basuh2 muka , tacap2 mekap sket hahahahha, pakai minyak wangi satu baldi... hahahahah, lepas siap2 tu, kami pun susun2 gambar , pastu tampal gambar sket guna spray mount.. tetiba kami di tegur oleh seorang pegawai polis yang agak musykil ape yang kami buat pagi2 buta dekat belakang stesen minyak ni kan, bila beliau melihat hasil kerja kami, dari muka serius terus je berubah ke reaksi teruja.. =) dan banyak juga beliau tanya pasal artwork kami ni.. siap request demo.. ahaha... kalau sempat selambe je kitorang jam blakang stesn minyak petronas 13 tu hahahaha.. tapi sebab nak kejarkan masa, kami meminta maaf dan terus je bergerak ke Sri Pentas .. dengan muke yang nebes masing2 hahahahah... Kami sampai Sri Pentas pukul 5.40 pagi! hahahahahahah jahanam! punye laa kami risau pasal jam ke ape... adoi... saya dengan selambenya masuk sri pentas dengan muke selambe, rupe2 nya security Sri Pentas dikelolakan oleh PDRM.. impressive =) Lepas je beritahu kami under segment MHI pagi tu, diorang bagi masuk and parking dekat petak yan disediakan, hahahah memang superb! sampai je, kitorang rilek2 dulu sebelum saya memaklumkan kepada Ally.. ye laa taknak laa nampak jakun sangat kan hahahahah... masa menunggu tu, kami ade laa ambi gambar kenang2an .. ye laa.. peluang sekali je seumur hidup nak kene interview kat TV3 ... hadoii.. sape sangka? kami lagi laa tak sangka.. Helmi yang jemput kitorang masuk, kitorang pun di briefing ape yang kitorang kene buat semua, then kitorang setup barang semua.. pkl 8.30 kami on Air..satu pengalaman yang tak boleh dilupakan sama sekali. Saya kagum dengan keramahan Ally Iskandar , Helmi dan Zaim yang melayan kami seperti kawan2 lama mereka.. =) Terima Kasih Ally Iskandar yang memberi peluang kepada kami untuk memngenalkan kepada Malaysia seni Light Graffiti ni =) Maybe ada yang menyangka , temuramah kami di MHI hanya laa untuk "glamourism" hahaha ade ke perkataan tu.. tapi sesiapa yang mengenali HLG dari awal... mereka akan tahu bahawa kami ingin mengembangkan seni ini sama level dengan genre2 photography yang lain seperti portraiture, landscape , still life , Street , wedding dan lain2 lagi. Alhamdulillah selepas kemunculan kami di MHI, ramai yang mula tahu tentang seni ini dan ingin mencubanya seperti kami... dan kerana interview kami di MHI laa.. wartawan Majalah 3, Fariha Onn telah discover pasal HLG dan menghubungi saya 2 hari selepas interview MHI. =) ceritanya.. on the next post ye =) by the way enjoy la gambar di bawah ni =)
Share
No comments:
Post a Comment