Thursday, March 20, 2014

Fixing and modifying all my D.I.Y Light Graffiti Tools , Light Calligraphy Tools. #lightgraff #lightpainting #lightcalligraphy #lightgraffiti #hikarimoji #biszign



via Instagram http://ift.tt/1eVRkzw Fixing and modifying all my D.I.Y Light Graffiti Tools , Light Calligraphy Tools. #lightgraff #lightpainting #lightcalligraphy #lightgraffiti #hikarimoji #biszign

Friday, February 21, 2014

Light Calligraphy : PAHANG, Pa Ha Nga , Jumpa di semi final nanti! #hikarimoji + #klp



via Instagram http://ift.tt/1gToLqe Light Calligraphy : PAHANG, Pa Ha Nga , Jumpa di semi final nanti! #hikarimoji + #klp

Thursday, August 22, 2013

THEUNTITLED #hikarimoji #biszign #lightgraff



via Instagram http://instagram.com/p/dUUD1jlGKu/ THEUNTITLED #hikarimoji #biszign #lightgraff

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan kepada semua family dan sahabat sekalian , semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna #ramadhan #hikarimoji #lightgraff



via Instagram http://instagram.com/p/bjEcKMlGEn/ Salam Ramadhan kepada semua family dan sahabat sekalian , semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna #ramadhan #hikarimoji #lightgraff

Friday, June 7, 2013

Sifoo dotcom Inspirasi Interview : Apai Biszign


30th September 2011
Original Post at : http://www.sifoo.com/apai-biszign/

Apai Biszign bersama Hikarimoji Light Graffiti merupakan penggiat Light Graffiti di Malaysia. Light Graffiti adalah satu teknik kreatif gabungan graffiti dan fotografi bagi menghasilkan karya yang tersendiri.
Light Graffiti dan graffiti itu sendiri adalah dekat dengan belia. Jadi, peluang untuk menghasilkan karya di dalam kempen-kempen promosi dan pengiklanan untuk golongan tersebut adalah terbuka. Sebagai penggiat yang aktif, Apai Biszign sentiasa mencuba teknik-teknik baru bagi menghasilkan Light Graffiti yang lebih menarik dan baik.
Kita ikuti temuramah Sifoo.com dengan Apai Biszign.

Kita ikuti temuramah Sifoo.com dengan Apai Biszign.
 Fakta Peribadi:
Nama penuh: Faizal
Nama samaran: Apai Biszign
Tempat asal: Batu Pahat, Johor
Tempat sekarang: Melaka
Pendidikan: Industrial Product Design
Kepakaran / Bidang: Fotografi – Light Graffiti & Tagging
Website: http://www.biszign.com
Facebook: http://facebook.com/hikarimojilightsgraffiti
Flickr:http://flickr.com/biszign
Deviantart:http://biszign.deviantart.com
 SDC: Apa khabar? Terima kasih kerana sudi ditemuramah untuk ruangan Personaliti di Sifoo.com.
AB: Alhamdulillah, saya sihat wal’afiat. Rakan-rakan Sifoo.com bagaimana pula? Harapnya sentiasa sihat untuk terus memberikan inspirasi kepada komuniti seni Malaysia. Saya yang sepatutnya mengucapkan jutaan terima kasih kerana Sifoo.com sudi untuk menemuramah saya =).

SDC: Boleh ceritakan serba ringkas tentang latarbelakang anda dan sejarah penglibatan anda di dalam bidang (kepakaran anda)?
AB: Kepakaran? Ermm…agak berat untuk saya memikul tanggungjawab menggelarkan diri saya pakar, saya lebih suka menggunakan terma “penggiat”. Saya dan rakan-rakan,Jasrizal Mohamed Basar dan Macha Farizal adalah dari “Hikarimoji Light Graffiti” di mana kami adalah penggiat tegar Light Graffiti. Saya adalah pengasas Hikarimoji Light Graffiti (HLG). Light Graffiti ini adalah salah satu cabang dari genre “Slow Shutter Photography”, di mana cahaya digunakan sebagai “subject matter” utama dalam penghasilan gambar. Genre fotografi yang lain, cahaya digunakan untuk disimbah kepada subjek supaya subjek akan timbul di dalam “frame”. Manakala, Light graffiti pula menggunakan pergerakan cahaya untuk dijadikan subjek utama di dalam gambar. Huhuhu…agak memeningkan ye.
Kebiasaannya, kami akan membuat photoshoot pada waktu malam atau di kawasan yang gelap di mana kekurang cahaya membolehkan kami membuka “shutter” pada kadar yang lama. Setakat ini, HLG beroperasi secara separuh masa dan “on project basis”. Saya berada di peringkat permulaan untuk menghasilkan siri gambar Light Graffiti yang baru.

SDC: Boleh ceritakan serba ringkas tentang latarbelakang anda dan sejarah penglibatan anda di dalam bidang (kepakaran anda)?
AB: Saya memang minat melukis sejak dari bangku sekolah. Minat saya lebih kepada melukis logo dan typography. Pada usia remaja, saya meminati pula seni graffiti dinding. Kemudian, saya menceburkan diri dalam dunia fotografi pada tahun 2009. Setelah mengenali dan mengetahui tentang Light Graffiti yang semakin diteroka di Eropah, timbul pula idea untuk menghasilkan gambar light graffiti dengan cara saya sendiri. Saya menggabungkan elemen “Graffiti Tag” dan kaligrafi di dalam teknik Light Graffiti atau lebih dikenali sebagai “Light Tagging”.

SDC: Apakah perkembangan terkini anda sama ada dalam kerjaya mahupun di dalam bidang kepakaran anda?
AB: HLG sentiasa berada di dalam “mode” eksplorasi. Saya percaya Light Graffiti masih di peringkat awal evolusi walaupun teknik ini telah ditemui seawal tahun 1939 oleh Man Ray. Kami sedang merangka beberapa teknik baru yang boleh digunakan untuk penghasilan siri-siri gambar yang baru.

SDC: Siapa atau apakah yang mendorong anda untuk menceburi bidang (kepakaran anda) ini? Bagaimana ianya  mempengaruhi kejayaan anda sekarang?
AB: Isteri saya adalah insan pertama yang mendorong saya untuk terus mengeksplorasi Light Graffiti, terutamanya semasa di peringkat awal saya berlatih untuk mendapatkan stroke penulisan, serta pembuatan lampu-lampu ataupun “light brush”. Tempoh ini melibatkan wang dan masa yang banyak. Beliaulah yang akan menaikkan semangat saya apabila saya hampir berputus-asa.
Di samping itu, rakan-rakan seperjuangan juga banyak memberikan idea dan pendapat yang membantu untuk  mengembangkan lagi HLG. Segala pahit manis yang saya dan HLG tempuh sebelum ini mengeratkan kami dan  membuatkan kami lebih matang untuk membuat karya-karya yang lebih kreatif.

SDC: Siapakah idola anda? Boleh senaraikan beberapa nama di sini.
AB:  Julien Bretton , Micheal Bosanko , LAPP

SDC: Boleh kongsikan pencapaian terbaik anda setakat hari ini?
AB: Kolaborasi bersama Altimet untuk single beliau KOTARAYAKU, ditemuramah oleh MHI TV3 (Malaysia Hari Ini) , Majalah 3 TV3, Remaja TV9 , Melaka TV dan TV Selangor. Dijemput untuk menyertai “Being There” Photography Exhibition di Galeri Pelita Hati Bangsar Kuala Lumpur. Penerimaan Dana “Sejuta Impian” TV3 dan 1MDB untuk bengkel pengenalan asas Light Graffiti.

SDC: Apakah yang membezakan hasil kerja anda dengan hasil kerja orang lain? Bagaimana anda mendapatkan inspirasi?
AB: HLG tertumpu kepada konsep “Graffiti Tag”, Khat dan Kaligrafi. Ia lebih menjurus kepada penulisan atau typography, dan ada juga karya kami yang berunsurkan abstrak. Saya sebagai “Light Writer”, inspirasi datang dari segala bentuk seni, seperti gambar, architecture, lukisan, sculpture dan kadangkala muzik.

SDC: Untuk mencapai tahap seperti anda, tentu ada prinsip, etika serta tips tertentu yang anda sering amalkan. Jika tidak keberatan, boleh kongsikan?
AB: “Practice makes perfect”, “Be curios .. always”. Light graffiti kalau dilihat secara terperinci memang agak sukar untuk dihasilkan. Dengan kemahuan yang tinggi, ada “passion”, insyaAllah sure boleh buat. Lagi satu, jangan puas dengan karya kita, go for more!

SDC: Adakah anda mendapat pendidikan formal di dalam bidang ini? Apakah cara anda untuk mempertingkatkan  pengetahuan serta kemahiran agar sentiasa seiring dengan kehendak semasa?
AB: Tiada pendidikan formal. Ia lebih kepada cebisan-cebisan pengalaman hidup yang saya satukan menjadi Hikarimoji Light Graffiti. Cikgu saya adalah Encik Google. Saya menghabiskan beratus-ratus jam untuk research dan beratus-ratus jam lagi untuk mencuba.

SDC: Apakah pandangan anda terhadap potensi bidang ini di Malaysia mahu pun di luar negara?
AB: Potensi bidang ini luas. Di Eropah, industri pengiklanan telah pun mula menggunakan khidmat kumpulan Light Graffiti. Saya pernah melihat industri besar seperti Nike, Adidas dan juga NGV menggunakan Light Graffiti sebagai medium pengiklanan.

SDC: Apakah perancangan masa hadapan anda di dalam bidang ini?
AB: Misi HLG yang pertama iaitu untuk memperkenalkan dan mempromosikan Light Graffiti kepada rakyat Malaysia telah pun tercapai…Alhamdulillah. Seterusnya, kami ingin terus berkarya sehingga dapat menembusi industri pengiklanan di Malaysia satu hari nanti. InsyaAllah.

SDC: Sekiranya anda ingin memberi tips dan nasihat kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang ini, apakah yang anda ingin kongsikan agar mereka dapat menyelami bidang ini dengan lebih bermakna lagi?
AB: Kena tanam sifat ingin tahu. Kena rajin practice. Jangan mudah putus asa (kadang-kadanag lampu terbakar, lampu rosak, gambar tak jadi) Kena rajin research. Do something different and be creative.

SDC: Sedikit pesanan khas daripada anda untuk pengunjung Sifoo.com.
AB: Kalau nampak ade lampu-lampu berkelip ke, ade api-api terbang kat tempat gelap lepas ni, kome jangan lari pulak ye, mungkin HLG tengah buat penggambaran =)

SDC: Terima kasih kepada anda kerana sudi menjawab soalan-soalan temuramah ini. Sifoo.com mengucapkan selamat maju jaya dan teruskan berkarya.
AB: Terima kasih Sifoo.com kerana sudi menemuramah saya. Untuk berada di salah satu artikel didalam laman Sifoo.com adalah satu penghormatan yang besar untuk saya dan HLG. =)

Fuel Your Photography dotcom interview : Indie Spotlight: Apai Biszign

January 16th 2012
Original post at : http://www.fuelyourphotography.com/indie-spotlight-apai-biszign/

Each Monday, we’ll highlight one indie photographer whose body of work deserves special recognition. Please enjoy their photography here, and make it a point to enjoy the rest of their work on their website.
fyp-wraith copy
This week’s Indie Spotlight focuses on Apai Biszign, founder of Hikarimoji Light Graffiti.  He hails from Malacca, Malaysia. Being surrounded by so much diverse art and people, it is no wonder he would take interest in a wondrous genre of photography termed light art, light graffiti, light calligraphy and light painting. Hikarimoji actually means “light word” in Japanese.  Light graffiti involves long exposure photography and using lights to create designs, then adding effects to the photos.
fyp-Style2burn-Bakat-001 copy
His photographic arsenal includes both a Nikon D60 and Nikon D90, but he favors the Nikon D90.  This camera offers numerous customizable settings and also has a battery grip with an extra battery, which is extremely helpful since opening a shutter for a minimum of three to four minutes takes a lot of battery juice.  Some shoots can last many hours. Apai’s favorite lens is the Sigma 10-20mm F4.  Since the backdrop of his photography is usually outdoors, the ultra wide effect and distortions this lens can accomplish are perfect for his art.  To compliment his results, landscape photography elements are used, then the photo is infused with light graffiti.
Light Graffiti :Altimet - Kotarayaku
His creative journey begins with sketches of his artistic vision.  Then the light source is prepared, mostly LED and sometimes even a fire torch, for his nighttime shoots.  His desirable destinations have appealing backgrounds and minimal light.  When light writing, he uses his own body as the scale, so the letters will be about equal size.  His final step is to visit his photography in Adobe Photoshop to enhance the image with WB corrections and sharpness, but no image manipulations are done.
Using the world around him as his canvas, Apai loves to shoot dark landscapes and use the ambient light from the moon or nearby cities to light up the skyline, dramatic clouds and minimal visibilities on the background details such as tree lines, rock, etc.  Ideal locations with these features make his art of light visually pop even more.
fyp-earth-hour copy
fyp-scram-01 copy
Regarding camera settings, Apai advises manually controlling both the shutter speed and aperture.  Using Bulb mode allows for the long exposure necessary for light graffiti by only limiting you to the life of your batteries.  The shutter speed and aperture settings vary on how long the shutter is open, but the lowest ISO setting is optimal to allow only a minimal amount of light.  Tripods and wireless remotes keep the camera stable and avoid motion blur; you can stay a good distance away and still control your settings. Experimentation is key when choosing a light instrument; torch lights, rear bicycle lights, toys and police traffic batons can all be used.  Apai experiments with all these sources of light, but DIY LED lights is his comfort zone.  As with any skill, practice makes perfect.  Apai says, “writing in the air will improve after several attempts.”
Light Graffiti : Melaka Landscape Tagging 04
fyp-tradition copy
Light graffiti has a long history dating back to the early 20th century.  Pablo Picasso even experimented with light graffiti with the guidance of Gjon Mili,  but Abai’s admiration is for the work of his present day fellow light graffiti artists Julien Breton, aka Kaalam, and Michael Bosanko.
fyp-wedding copy
fyp-kad-kadkahwincom copy
Apai is currently preoccupied with his light calligraphy and outdoor commercial shoot series, but he would like to try a white studio light graffiti photo shoot in the future.  Although this sort of setup is most suitable for fashion or product photography, he is hoping to achieve a grayish background, or even a colorful background if color gel is used in the light setup, with only the light graffiti as the main subject in the frame.  Balancing the light just right will make the model in the frame nearly invisible.
fyp-LT-002 copy
You can find more of Apai Biszign’s work on Facebook, flickr, and biszign features his gallery, blog and even videos of him and his Hikarimoji crew in action.

Tuesday, June 4, 2013

Tshirt #hikarimoji siap!



via Instagram http://instagram.com/p/aImoMRlGL1/ Tshirt #hikarimoji siap!